Menabung 2 Dalam 1


Semua orang ada cara tersendiri untuk berjimat dan apa yang saya kongsikan di sini adalah bagaimana cara saya berjimat. Hari ini saya nak kongsikan tips yang saya amalkan untuk menabung untuk diri sendiri dan juga untuk anak ( @ anak-anak). Cara ini saya panggil Menabung Cara 2 in 1. Saya pasti semua orang yang membaca blog ini sudah mula atau akan menabung atau paling tidakpun sudah mula timbul semangat untuk berjimat cermat. 

Apapun status anda, bagi saya menabung adalah satu amalan yang baik untuk di amalkan, sama ada ketika susah atau senang. Jangan sesekali kate nak menabung hanya bila duit banyak kerana saya pasti orang tersebut pasti tidak menabung juga walaupun sudah banyak duit! Menabung ni sebenarnya satu amalan berterusan, walaupun sedikit-sedikit, tapi bagus untuk poket kite di masa hadapan. 

Ok. Kembali kepada Menabung Cara 2 in 1. Konsepnya senang je sebenarnya. Pertama sediakan tabung kita sendiri dan tabung untuk anak kite. Seterusnya masukkan duit ke dalam tabung-tabung tersebut. Tapi persoalannya, duit mana yang hendak kite masukkan? Duit gaji bulanan ke? Bukan. Duit yang akan dimasukkan adalah duit lebihan berbelanja kite setiap hari.

Begini contoh yang saya amalkan. Oleh kerana saya menggunakan konsep envelope dalam pengurusan kewangan saya, saya telah tetapkan jumlah yang saya perlukan dalam setiap kategori. Sebagai contoh:-

Saya telah tetapkan perbelanjaan saya untuk makan seminggu adalah RM50 (RM10 x 5 hari bekerja). Duit berbelanja barang dapur rumah untuk seminggu pun RM50. Katekan saya berbelanja pada hari Isnin sebanyak RM7.20 (makan tengahari), jadi baki belanja saya pada hari tersebut adalah RM2.80. Secara automatik saya akan tolak dalam envelop makan saya RM10 (baki minggu tersebut adalah RM10 x 4 hari). RM2.80 itulah yang saya akan bahagikan antara tabung saya dan tabung anak. 

Oleh kerana saya sukakan duit syiling, RM0.80 akan masuk ke dalam tabung saya manakala RM2 akan masuk ke dalam tabung anak saya. Dalam masa yang sama saya tak melepasi batas penggunaan sehari saya iaitu RM10. 

Begitu juga jika saya berbelanja barangan dapur untuk minggu itu. Katakan jumlah pembelian barang dapur saya adalah RM42.50, baki RM5 akan masuk kembali ke dalam envelop, tetapi baki RM2.50 lagi akan dibahagikan antara tabung saya (RM0.50) dan tabung anak saya (RM2.00). Begitulah seterusnya. Tetapi sebelum melakukan tabungan ni, kite perlu tahu keperluan perbelanjaan kita dan jumlah yang diperlukan bagi setiap minggu atau setiap hari. Bagi saya dengan menggunakan envelop buget adalah cara yang paling sesuai.

Yang paling seronok adalah apabila melihat anak saya yang berumur setahun lebih tu belajar masukkan sendiri duit ke dalam tabung! ;-)


Menabung 2 Dalam 1 Menabung 2 Dalam 1 Reviewed by the Haikal on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.