5 Jenis Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi


Pelaburan yang tidak akan rugi. Pada saya, terdapat 5 jenis pelaburan yang pasti tidak akan rugi.

Bersedekah


Orang yang melabur dengan cara bersedekah dan menderma pasti tidak akan rugi kerana itu adalah janji Allah. Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki yang akan Allah berikah kepada kita.  Sebagai contoh kita menderma untuk pembangunan sebuah masjid baru, apabila masjid tersebut telah siap dibina dan digunakan, setiap kali orang datang menunaikan solat atau menuntut ilmu di sana pasti kita akan mendapat bahagian pahala. Dan ianya adalah berpanjangan sehingga ke dalam kubur!

Sedekah tidak semestinya banyak. Tetapi sedekah mestilah ikhlas. Jadi jika tidak ikhlas tidak perlu bersedekah, begitukah maksudnya? 

Pastinya bukan begitu yang dimaksudkan. 

Bagaimana kita boleh mengetahui bila kita akan ikhlas? Bagi saya keikhlasan adalah lahir dari hati tetapi keikhlasan adalah sesuatu yang boleh dipupuk.

Satu lagi perkara adalah sedekah tidak semestinya dengan harta / wang / material. Sedekah boleh jadi dalam bentuk ilmu, tenaga dan macam-macam lagi. Sedangkan hanya dengan menuturkan kata-kata yang baik itu telah dikira sebagai satu sedekah. Ada satu cerita, seorang pakcik datang bertemu dengan saya dan meluahkan perasaan, beliau menyatakan hasrat untuk menebas rumput-rumput di tepi-tepi jalan kampung tetapi hasratnya dihalang oleh beberapa pihak. Beliau bukan orang yang berharta tetapi mempunyai tenaga yang kuat untuk berkebun dan menebas rumput, beliau ingin bersedekah dengan tenaga yang beliau ada. Bagi saya hasratnya itu sangat mulia! Saya sendiri tidak mampu menyumbangkan sebegitu banyak tenaga.

Ilmu


Ilmu yang baik jika disampaikan dan diamalkan pasti ganjaran bagi orang yang mengajarnya sangat banyak. Sebab itulah banyak imam-imam dulu mengeluarkan pelbagai jenis buku dan kitab untuk panduan umat sehingga ke hari ini. Cuba bayangkan berapa viralnya pahala ilmu yang mereka dapat. Ilmu juga bukanlah hanya sesuatu yang formal seperti belajar matematik, sains, dan sebagainya. Tetapi juga termasuk semua perkara-perkara yang tidak formal seperti ilmu memasak, menjahit, melukis dan sebagainya. Sebagai contoh tukang jahit yang menjahit baju tempahan. Jika baju yang dijahitnya menutup autrat pasti setiap kali orang memakainya tukang jahit tersebut akan mendapat pahala. Dan apabila diajarkan ilmu jahitan itu kepada orang lain, dan orang lain mempraktikkan juga, saham pahala tersebut tetap akan dapat kepada orang yang mengajarkannya.

Dan amaran juga kepada sesiapa yang mengajarkan sesuatu perkara keburukan seperti mencuri dan sebagainya, kerugian akan berterusan juga dan sukar untuk menebus semula kerugian tersebut.

Wakaf


Wakaf paling mudah adalah berwakaf alquran atau tanah. Setiap kali orang membaca quran yang kita wakafkan pasti kita akan mendapat pahala. Cara paling mudah adalah dengan mewakafkan alquran di masjid atau surau berdekatan  kita.

Satu lagi cara yang unik adalah dengan mewakafkan selipar untuk mengambil wudhuk. Caranya mudah sahaja, sediakan selipar jepun 2 atau 3 pasang di dalam kereta kita. Dan setiap kali kita singgah ke mana-mana surau yang tiada selipar, kita tinggalkan sepasang.

Anak


Anak-anak kita dalah pelaburan terbesar kita. Sehingga jika telah mati pun, kita masih bergantung kepada anak-anak. Ibu bapa akan gembira dengan kejayaan anak-anak, tetapi ibu bapa yang lebih gembira adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dapat mendoakan mereka apabila mereka sudah tiada kelak. Sebenarnya bagi saya, itulah tujuan sebenar sesebuah keluarga dikurniakan anak. Anak adalah pelaburan utama ibu bapa bermodalkan pendidikan dan ilmu dengan harapan anak-anak dapat mendoakan mereka setelah mereka tiada.

Tanam Pokok


Cara ini adalah paling mudah. Tanam apa sahaja pokok buah-buahan dan sekiranya ianya berberbuah dan dimakan binatang atau manusia, ia akan dikira sebagai satu sedekah. Dan selagi poko itu hidup dan berbuah, pasti pahala mengalir laju.

Apa yang saya cuba disampaikan adalah pelaburan bukan hanya bermaksud menambahkan duit di dalam poket, tetapi pelaburan sebenar yang tidak pernah rugi adalah pelaburan akhirat dengan duit yang kita ada.



5 Jenis Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi 5 Jenis Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi Reviewed by theHaikal YT on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.