Perkara WAJIB Dilakukan Sebelum Shopping


Perkara WAJIB Dilakukan Sebelum Shopping

Tips Jimat : Senaraikan barang yang nak dibeli.

“Tulis senarai ni lecehlah!” Itulah yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali saya nak wat senarai. “Boleh tak buat senarai kat otak aje? Senarai barang nak beli ade dalam otak ni. Kenapa perlu nak tulis senarai?” Itulah juga yang selalu bermain difikiran kita.

Membuat senarai barang secara fizikal atau paling tidak nota di dalam telefon pintar adalah sesuatu yang sangat penting tetapi sering dipandang mudah. Jangan hanya buat senarai maya di dalam otak kerana otak selalu mudah di pengaruhi oleh nafsu. Pembelian tanpa senarai akan menyebabkan risiko membeli barang yang tidak perlu. Senarai inilah yang akan menjadi panduan dan sempadan kita untuk membuat sebarang pembelian.

Konsepnya adalah apa-apa barang yang tiada di dalam senarai tersebut adalah dalam kategori kehendak bukannya keperluan. Malah, orang yang membeli dengan senarai akan membeli belah dengan lebih jimat serta pantas! Kenapa? Sebab setiap orang yang ada senarai pembelian sudah tahu apa yang mereka perlu beli. Datang, pilih dan beli. Lebih baik lagi jika sudah tahu jenama apa nak beli dan harga anggaran setiap barangan.

Sebagai contoh, saya hendak membeli belah dan senarai yang perlu dibeli adalah sayur sawi, bilis, bawang, buah jambu batu, dan tisu. Bila tiba di kedai, saya akan terus ke kawasan sayur-sayuran dan barang basah. Tidak perlu merayau-rayau melalui kawasan perkakasan kereta, barangan plastik dan banyak lagi kawasan jualan. Jadi kurang la godaan untuk beli kurang dari apa yang tiada disenarai asal saya.

Perkara WAJIB Dilakukan Sebelum Shopping Perkara WAJIB Dilakukan Sebelum Shopping Reviewed by the Haikal on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.