5 Makanan Ruji Untuk Mereka Yang Nak Jimat Duit


Nak jimat duit tetapi nak perut penuh? Saya ada cadangan. Inilah 5 makanan ruji untuk mereka yang nak jimat duit.

Nasi Lemak

Nasi lemak adalah antara makanan yang murah dan mengenyangkan. Harga nasi lemak sekarang adalah dalam lingkungan RM2 hingga RM5 bergantung kepada lauk yang dipilih. Jika dalam perjalanan anda ke tempat kerja ada makcik-makcik jual nasi lemak harganya mungkin lebih murah tetapi dengan lauk asas telur dan sambal. Beli 2 bungkus sudah cukup untuk makan pagi dan tengah hari.

Roti Canai

Roti canai juga adalah antara makanan yang murah dan mengenyangkan. Harga lebih kurang RM1 sahaja satu keping. Dan jika anda beli 2 atau 3 keping pun tidak menjadi masalah. Boleh juga dibungkus untuk buat bekalan makan tengah hari jika nak lebih jimat.


Roti

Roti boleh diperolehi di hampir semua jenis kedai runcit dan stesen minyak. Harganya juga adalah tetap di semua jenis kedai kerana harganya ditetapkan oleh pengilang. Jadi tidak menjadi masalah untuk mendapatkannya. Tambahan lagi, roti boleh disimpan beberapa hari.

Nestum dan susu

Nestum dan susu juga amat mengenyangkan jika dimakan. Satu bungkus nestum yang berharga antara RM7-RM10 boleh bertahan lebih dari seminggu.


Bawa bekal dari rumah

Ini yang paling saya gemari. Bawa bekal daripada rumah. Tiada kos. Goreng telur mata, kicap dan jika ada sambal belacan sikit lagi sedap. Bungkus dan bawa ke tempat kerja. Jimat dan sedap!

Kenapa tiada mee segera dalam senarai ni? Mee segera amat murah tetapi tidak mengenyangkan. Malah mungkin kurang baik untuk kesihatan.

5 makanan ini amat sesuai untuk pelajar dan pekerja yang nak berjimat.
5 Makanan Ruji Untuk Mereka Yang Nak Jimat Duit 5 Makanan Ruji Untuk Mereka Yang Nak Jimat Duit Reviewed by theHaikal YT on Sunday, March 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.