Bagaimana menyimpan 30 peratus gaji setiap bulan?


Bagaimana menyimpan 30 peratus gaji setiap bulan tanpa gagal? Anda sebenarnya mempunyai kebebesan untuk menyimpan berapa pun setiap bulan. Apa yang lebih penting adalah sikap itu perlu dilaksanakan setiap bulan tanpa alasan. 

Cara terbaik untuk menyimpan secara tetap setiap bulan adalah dengan membuat simpanan terlebih dahulu sebelum menggunakan duit gaji untuk perkara-perkara yang lain.

Sebagai contoh, orang yang bergaji RM2500 boleh menetapkan simpanan tetap ke dalam akaun sebanyak RM500 setiap bulan.  Apabila menerima gaji, masukkan terus RM500 ke akaun bank lain sebagai simpanan. Lebihannya RM2000 anda boleh gunakan mengikut keperluan pada bulan tersebut. 

Jika simpanan dibuat awal, kita boleh berbelanja tanpa risau tidak dapat menabung pada hujung bulan. Sebaliknya, perkara yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk menggunakan duit selebihnya sehinggalah tarikh gaji yang berikutnya.

30 Peratus hanyalah satu cadangan. Anda boleh menyimpan mengikut keadaan kewangan dan gaji anda. Saya yakin anda boleh lakukannya 😉 
Bagaimana menyimpan 30 peratus gaji setiap bulan? Bagaimana menyimpan 30 peratus gaji setiap bulan? Reviewed by theHaikal YT on Saturday, March 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.