Track Perbelanjaan Dengan Whatsapp? Lelaki Ini Kongsikan Caranya

Whatsapp biasanya digunakan untuk berkomunikasi. Tetapi dengan cara yang kreatif, ia boleh digunakan untuk merekod setiap perbelanjaan kita. Jika sudah berpasangan, kita boleh rekod berbelanjaan bersama. 

Saya kongsikan bagaimana Tuan Nik Mohd Fahmi memberikan satu idea yang kreatif untuk menggunakan Whatsapp sebagai medium untuk merekod setiap perbelanjaan. Ini adalah apa yang Tuan Nik Mohd Fahmi kongsikan dalam akaun Facebook beliau.



Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :

Makan tengahari -8.00

Minyak kereta -50.00

Parking -1.00

Bil letrik -78.00

Econsave -45.50

Laptop -1450.00

Ali bayar hutang +300.00

Bonus +500.00

Simbol ( - ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :

1. Berapa duit kita dah belanja

2. Bila tarikh kita belanja

3. Apa yang kita belanja

4. Belanja lebih bajet atau tak

5. Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.

Semoga bermanfaat.



Ini adalah gambar yang dikongsikan:



Pada saya ini adalah satu idea yang kreatif untuk diamalkan oleh setiap orang yang kerap memberi alasan sukar dan leceh untuk merekod setiap transaksi yang dilakukan.


Kenapa kita perlu rekod setiap perbelanjaan?

Dengan merekod setiap perbelanjaan, barulah kita tahu ke mana setiap sen yang kita dibelanjakan. Dan daripada rekod tersebut jugalah kita mampu untuk mengubah tabiat perbelanjaan kita untuk masa hadapan.

Jika anda kerap kekurangan duit setiap bulan, cara ini juga sangat baik untuk anda. Anda mungkin tidak perasan duit yang keluar kerana membeli kopi di Starbuck, makan di Subway, beli goreng pisang tepi jalan dan lain-lain lagi. Tetapi dengan menggunakan teknik merekod dengan Whatsapp ini, perekodan akan menjadi lebih mudah.

Rekod yang anda buat juga membolehkan anda membuat bajet untuk bulan yang berikutnya. Selain itu, teknik ini juga memberikan anda peluang untuk melihat sama ada perbelanjaan yang kita buat lebih bersifat satu keperluan atau kemahuan.

Seterusnya kita akan dapat lebih berjimat cermat untuk perbelanjaan yang akan datang..

Rasanya tiada lagi alasan untuk tidak amalkan teknik track perbelanjaan dengan Whatsapp ni.

Takkan boleh layan group Whatsapp yang banyak tapi tak boleh handle satu grup whatsapp tentang perbelanjaan ni kan? 😉

Track Perbelanjaan Dengan Whatsapp? Lelaki Ini Kongsikan Caranya Track Perbelanjaan Dengan Whatsapp? Lelaki Ini Kongsikan Caranya Reviewed by the Haikal on Wednesday, April 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.